Monday, 23 May 2011

MENGATASI KETIAK HITAM

Assalamualaikum korangg...
korang sihat??entry sebelum ni fiera ade buat pasal punca ketiak hitam..siape dah bace thanks..sape tak bace lagi cepat KLIK SINI!....*cara-cara pakse*hahaha..jadi entry ni fiera nak bagi tahu cara-cara nak atasi supaya ketiak korang tak hitam..wajib bace kalau korang tak nak ketiak hitam..kalau nak ketiak hitam sile klik pangkah dekat atas tu ok??...^__^(senyuman kuciwa)...FIERA ade 10 tips..korang ade??kalau tak de sile bace..^_^


          10 TIPS ATASI KETIAK KORANG HITAM



  1. First..Korang carilah buah lemon dan timun,tak kisah lah korang nak petik dekat kebun ke atau nak beli secara sopan-sopan dekat tesco itu terpulang, jangan korang pi merompak pulak hareemmm namenye tu,nanti ketiak korang bukan saje hitam malah makin mengerutu macam bulan sebab gune bahan yang tak halal,ok kemudian korang perah buah lemon dan ambil airnye,potong timun nipis-nipis kemudian dicampurkan dengan air lemon.Kacau hingga rata.Tambahkan kunyit ke dalamnye.lepas korang dah campurkan semua bahan tersebut,korang sapu dekat ketiak korang dan biarkan selama 20 minit,kemudian bersihkan dengan air suam..
  2. Setiap kali selepas korang mandi,gosokkan pada ketiak korang dengan campuran air kapur sirih dan perahan limau nipis bukan dengan air clorox ok!..kang tak pasal-pasal ketiak r=korang reput!..nak ke??
  3. Gunakan deodoran yang mengandungi Asam linolenat dari minyak biji bunga matahari untuk mengurangkan hitam di ketiak korang.
  4. Korang tonyoh ketiak korang dengan pelulur badan atau lulur yang mengandungi buah dan pemutih kulit,agar kesan lebih maksimum!..
  5. Pastikan korang membersihkan sisa-sisa deodoran atau bedak yang masih terlekat dekat ketiak korang korang setiap kali jangan biar je berdaki-daki..
  6. Selepas korang mandi,korang keringkan ketiak korang dengan tuala yang lembut jangan yang kasar macam berus dawai..janganlah kasar sangat gosok ketiak korang tu,sebab ia akan merosakkan lapisan kulit dan membuatkan ketiak korang berada dalam keadaan tertekan,dan ia akan merangsang  mengeluarkan sekiloO peluh,bau macam longkang dan ketiak korang akan menjadi hitam!.
  7. Kalau nak lagi senang care keringkan ketiak,korang baring terlentang sambil tu buatlah gaya renang kepak-kepak.(sambil ketiak terbukak luas)
  8. Setelah kering,korang pakailah deodoran Antiperspirant dekat ketiak korang.
  9. Jangan pakai pakaian ketat-ketat,terutama ketat pade bahagian ketiak.
  10. Kalau korang yang memang jenis suka cukur bulu ketiak,berhati-hati!..jangan sampai luka kulit ketiak korang  sebab faktor ni juga boleh menyebabkan ketiak korang hitam.Bagi yang korang yang kulit ketiak sensitif cepat-cepatlah pakai deodoran untuk kulit sensitif selepas bercukur.


P/s:Antare lelaki dan perempuan yang mane lagi kuat bau badan bile berpeluh???bagi fiera lelaki...bagi korang??

8 comments:

syafeika edora said...

sme r.. lelaki.. SE pnh ase nk muntah dl ms wt kje dgn laki..haha


belog SE

NuReLLe said...

dulu zaman jahiliah.pakai sleeveless rajin r jugak menonyoh2..skrg ni..dah xpkai semua tu..pke deodorant yg whitening je..heee~

shiema sufian said...

scary betol tengok orang tuh. hahaha

rara pinkmafia said...

heheheheheh rara nk ketiak putih,but malas nk tonyoh2 tu.haih~nasib lah kan.hehehe.jawapnya pakai nivea jelah.

Akulah Pak Lan said...

Sebab tuh i sanggup beli perfume yang mahal.. :p

Izatie said...

Satu lagi tips, selalunya sebab kita cukur lah ketiak akan jadi hitam. Instead of cukur, better tarik je (you know what i mean). Heh.

kim heeruul said...

gua pkai deodorant rexona cool(biru punya)...sume item cool punya la..^^

kokser kokdam said...

uhuk.. gambo diye... pompuan ke tu...? hahaha